HaTy CuMeL :)

Bila PERSEFAHAMAN tiada..

Assalamualaikum.

Actually hari ni lea nak membebel perkara yang penting yang kita rase tak berapa nak penting. Ape-ape pon, nak bagi tau, Zizan menang Super Spontan ! Yeayy!! *memang suka lari topik* 



Ok, ape yang korang tau pasal persefahaman??



Kita buat andaian secara kasar je la ye, sbb kalau nak secara lembut ke, halus ke, jap lagi subjek psychology pun keluar. Persefahaman ni sebenarnya dlm kata kasar, faham sama faham. Tapi ape jadi ye bila tiada kesefahaman? 

Persefahaman ni sebenarnya amat sulit untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu perhubungan. Tak kira la sesama keluarga, suami isteri mahupun rakan. Mungkin hari ni kita cakap.. "Dia faham aku, aku faham dia. takkan ada masalah".  Mungkin hari ni kita saling memahami, tapi esok? lusa? tulat? tahun depan? Kita masih tak tau lagi apa akan jadi masa akan datang dan perkara ni lah kita selalu pandang remeh.

Seriously, lea memang memandang serius pasal ni. And lea tengah SERIUS. Dalam kehidupan seharian lea pun, lea tetap serius dengan perkara macam ni. Setiap hari dalam kehidupan lea, lea akan berusaha faham sesuatu@seseorang itu lebih dalam. Kadang-kadang perkara kecil pun penting. Macam mana susah nak faham sesuatu tu, lea tetap cuba jugak lebih-lebih lagi kalau dalam satu perhubungan. 

Setiap perhubungan yang kita ada, kita mesti ada persefahaman. Bila takda persefahaman, mula la pergaduhan, berselisih pendapat, berkelahi tak tentu pasal, baling handfon cecah lantai bersepai and macam-macamlah. Kadang-kadang tu sampai teruk sangat keadaan, padahal pasal benda kecik je. Contoh, Boboy : "Hari ni abg balik lambat tau, keje banyak la." Gegurl : "Ala! abg ni asek keje, keje, keje! gi kawen dengan keje tu". Err, awak, benda kecik je tu. Lelaki memang sikap workaholic mereka tak boleh dicampak dalam laut. Kalau boleh campak, lea pon dah campak dah ! Same jugak macam perempuan. Tapi perempuan lebih excited shopping kot. *huahuahua! banyak sgt tengok drama ni..* 

Kesimpulannya, dalam setiap perhubungan mesti kene ada persefahaman. Kalau takda, kene ada jugak. Tolak tepi keras kepala, ego besar gajah , and sikap-sikap negatif yang membawa kearah memang tak reti nak paham bahasa tu. Yang penting kena banyak bersabar, belajar diri masing-masing dan banyakkan berdoa. Mungkin mengambil masa, tapi bebaloikan bila dah ada understanding. Work it out !




5 comments:

  1. dekatkan diri dengan Allah s.w.t. InsyaAllah semuanya akan selesai..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete