HaTy CuMeL :)

Pengalaman| Bila aku mula berhijab #Part 2

Assalamualaikum.

sambungan dari part 1.
Pengalaman | Bila aku mula berhijab #Part 1

Seminggu, dua minggu.. lea masih berhijab, tapi entah kenapa lepas tu lea berpatah balik kearah yang tidak betul. Masa tu lea dah berhenti kerja atas sebab menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Lea mula tidak berhijab semula, Setiap weekend lea akan keluar dengan kawan-kawan lea "lepak" kat DP, MP.. Tapi mungkin dengan kehendak Allah, ayah lea mendaftarkan lea di satu institusi Islam di Melaka.


Bila kita berada dalam satu tempat yang membawa nama Islam, kita secara automatik akan rasa serba tak kena kalau kita membuat sesuatu yang melanggar syariat Allah. Tahun pertama menjadi pelajar di institusi tersebut, lea sentiasa mengira hari. Selama 365 hari lea jadi student kat situ, berapa hari lea berhijab. Setelah lea kira, tolak , tambah, bahagi, darab, kuasa dua, pai dan sebagainya, sebenarnya kurang dari 100 hari lea tak berhijab. Bila difikir-fikirkan balik, kenapa lea tak terus je berhijab sedangkan cuma kurang 100 hari lea tak berhijab. Kadang-kadang masa cuti lea, kebanyakannya kat kampung. Jadi bila lea kat kampung, lea akan berhijab pada asalnya nak menjaga hati tok2 lea.

Tapi lama- kelamaan, ia dah menjadi satu perkara biasa untuk lea. Kadang-kadang bila nak keluar, tak pakai tudung rasa macam "ahh! janggalnye!" .. Lea mula belajar memakai selendang dalam tempoh setahun tu. Lea keluar pergi mana-mana pun akan mengenakan selendang. Kata orang first step towards Allah. Berubah sedikit demi sedikit. Itu pun memakan masa agak lama.

Masuk tahun kedua , Lea mula kenal erti "tudung bawal". sbb masa tu Institusi tmpat lea belajar tu, mengenakan syarat baru, yang mengatakan mahasiswi tak dibenarkan memakai selendang dan juga tudung syria. Atas sebab apa, lea pun tak berapa nak ambil tahu masa tu, lea cuma mengikut peraturan yang dah diberikan. Jadi bermulalah hidup sebagai gadis tudung bawal. Tapi weekend, lea tetap pakai selendang, sbb selendang tak payah nk iron selalu, lagi pun senang nak pakai. Bagi lea lah.

Dan akhirnya, Lea dah masuk Tahun ketiga di institusi tersebut. Bermula lah langkah-langkah lea menjadi seorang yang matang, dan mula memikirkan tentang akhirat. Lea ingat lagi, tahun 2011 masa bulan puasa, Lea berazam, sekiranya lea dapat puasa penuh tahun ni, lea akan berhijab penuh. Tapi dah nama pun perempuan kan, last 3 days sebelum raya, putus sudah puasa lea. Mase tu lea frust sangat-sangat. Tapi Allah Maha Besar, mungkin memang benar Allah dah beri lea pertunjuk, membuka hati lea supaya lebih dekat dengan-Nya, maka denga niat baik lea, malam raya 2011, lea mula berhijab. Alhamdulillah, semua itu kuasa Allah.

Lea berhijab dengan niat Istiqomah. Hati lea selalu berkata.. "kalau bukan sekarang, bila lagi?"

Dan Alhamdulillah, selama 2 tahun lea berhijab, Allah memberi lea kudrat serta kekuatan untuk istiqomah ke jalan-Nya. Perlahan-lahan lea mencari semula Islam sebenar dari hukum hakam hingga apa sebenar-benarnya tuntutan Islam. Lea banyak mintak pendapat, pertanyaan, dan sebagainya tentang Islam dari atok lea yang juga bekas seorang guru Agama @ ustaz. Alhamdulillah, dalam waktu lea nak berubah, masih ada tempat untuk merujuk.

Sehingga ke hari ni lea masih lagi belajar lebih dalam tentang Islam. Ilmu Allah ni banyak dan tak pernah habis untuk kita pelajari. Lea juga merujuk dari buku-buku, terjemahan Al-Quran, ceramah-ceramah dan banyak lagi. Manusia ni takkan terlepas dari kelalaian, kealpaan. Lea tak kata lea tak pernah lalai, tapi dalam satu masa, kita sendiri akan terfikir, salah betul perkara seharian yang kita lalukan. Yang penting, kita sentiasa berdoa pada Allah, memohon sentiasa diberi pertunjuk dan kesedaran.

Akhir kata, semoga cerita lea ni boleh dijadikan pedoman mahupun pengajaran bagi semua umat Islam. Memang bukan senang bila kita nak berubah, tapi mudah bila kita nak musnah. Pilihan dalam tangan masing-masing. Dan kita kena ingat, ajal maut tak kira masa, mahupun umur. Banyak dah pertanda akhir zaman, Kiamat boleh berlaku bila-bila saja.

Bila kita berhijab, menutup aurat, buat semua itu kerana Allah. Kalau rase hati tu tak ikhlas, ikhlaskan lah. Berdoa pada Allah. Insyaallah.

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].

6 comments: