HaTy CuMeL :)

Pengalaman| Bila aku mula berhijab #Part 1

Assalamualaikum.


Ramai kawan lea tanya, "sejak bila kau pakai tudung ni?", "mcm mane kau boleh tergerak hati nak pakai tudung?" dan banyak lagi soalan-soalan cepurmas, perak, gangsa yang diorang tanya. So, lea terpanggil nak buat entry pasal ni atas tujuan untuk kongsi bersama dan dijadikan pengajaran. Insyaallah.

Masuk tahun 2013 ni, genap 2 tahun lea berhijab. Alhamdulillah. Ramai yang tak percaya sebab jarang nampak lea free hair masa zaman sekolah(2007) dulu atas sebab lea sekolah asrama, jadinya 24/7 wajib pakai tudung. Nak dikatakan, dalam setahun tu, hampir setiap hari lea berhijab, tapi mungkin masih tak terbuka hati lea untuk berhijab.

Mesti ramai yang cakap, umur dah 16-17thn takkan parents tak tegur suruh tutup aurat, pakai tudung and sebagainya. Lea rasa naik berbuih-buih mulut parents lea cakap pasal aurat, lebih-lebih lagi tok mak dan tok bah lea. Setiap kali balik kampung, tak putus-putus mereka pesan pasal aurat perempuan, apa hukum bila tak tutup aurat, and banyak lagi la ceramah-ceramah free lea dpt. Tapi mungkin masa tu lea jiwa remaja, belum matang, jadi kadang-kadang tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Walaupun sekolah berasrama selama 2 tahun, diwajibkan lagi memakai tudung berjahit, tapi masih alpa lagi dengan duniawi. Masih tak sedar dengan azab akhirat, tambahan pula kebanyakan kawan-kawan banyak yang free hair dan mungkin pengaruh antara penyebabnya.

Tahun 2009, Lea  mula bekerja sebagai sales assistance di sebuah kedai International english books(bukan nama sebenar), masa tu lea berjumpa dengan pelbagai jenis orang, ragam dan berganti-ganti rakan kerja. Lea bekerja hampir 5 bulan sebelum masuk ke sebuah institusi di melaka. Setelah hampir 3 bulan lea bekerja, hati lea bagaikan tergerak untuk berhijab. Masa tu lea ada beberapa orang kawan, Alhamdulillah, mereka menyokong perubahan lea sampaikan ada seorang pekerja lelaki kat situ, cakap kat lea.. " Kan cantik kalau kau bertudung, make sure kau terus pakai ea, kalau aku nmpak kau tak pakai tudung, aku taknak dah tegur kau!".. 

nak tau apa jadi lepas tu? kene tunggu part 2 pulak ye :)


My hijab is my choice not compulsion,
It's my personality
It is the symbol of a Muslimah
It's the only way a Muslim woman can be identified and known that she is a Muslimah 
I am obeying Allah's law, his rule & decree.
I well never remove my hijab,It's my honor.
Proud to Be A Muslimah ♥


4 comments:

  1. tahniah dah berhijrah ke arah lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dr Aisyah : Alhamdulillah, semuanya kerana Allah :)

      Delete
  2. Alhamdulillah (n_n)..xpe slow2, sy yg mmg dh bertudung ni pon kena jugak jd yg lebih baik, insyaAllah :D hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lynn Damya : Alhamdulillah, same la kite yee :) hehe

      Delete