HaTy CuMeL :)

Kenapa perlu KURUS??

Assalamualaikum..


Hai semua! hari ni lea nak bercerita serta membebel pasal " Kenapa perlu kurus?" Sejak dua menjak ni, lea akui, badan lea semakin berisi serta mengalami kebesaran. Yes ! lemak dah tepu, how come lah tak gemuk kan?? dan lea ada perasaan terhadap "obses nak kurus" even ramai kata, "Kau dah kurus dah, tak payah nak kurus sangat".. emm, dieorang ape tau kan? HAHA. but perasaan obses tu kian hari, kian menghilang lah dari dek fikiran nie. Bukan sbb nak gemuk, tp lebih kepada maintaining my weight. 

Kurus yang lea maksudkan, bukan da sekeping dan hanya tulang. Lea maksudkan ideal. kurus yang ideal. yang sesuai untuk badan sendiri. Tapi orang kata, nak kurus ni, kenalah rajin bersenam. FUUHH ! tu la yang lea paling malas sekali, lea rela tido dari bersenam. ERK! tapi, lea gantikan masa untuk bersenam tu, buat kerja kat rumah, kemas bilik, basuh pinggan, vakuum dan tengok tv. HAHA. ok, tak lawak. 

Lea pernah mengalami "sindrom takut timbang". ok. lea mmg sesuke hati je suke bg nama sindrom. 


Perkara ni terjadi sejak lea habis sekolah, sebab masa tu mmg umur tgh progressive dan active terhadap makanan yang kita ambil. First timbang , 47kg . Mase tu lea kerja, penimbang doploh sen tu plak dekat ngan tempat keje, so, hari-hari timbang. sampai lah lea masuk belajar. mase belajar tu kalau outing, mesti cari penimbang. Ala, naik sekilo dua, ape nak kesah kan?? Then raya datang. who know, makan ketupan ngan rendang je boleh jadi 55kg !!! ok. THATS IT ! aku kene diet. apa lea buat? Nak jaga makan tu memang susah. tapi lea tukarkan pada PUASA. Sejak tu lea mula jauh dr penimbang, takley terima hakikat yang berat badan dah naik. -.-

penat dah cita pasal lea, now lea nak straight to the point. kenapa perlu kurus. 
  1. Mengelakkan penyakit yang nakal dan jahat seperti diabetis menguasai diri. 
  2. Mengurangkan tahap kepenatan dan keletihan. 
  3. Memudahkan orang angkat kita. contoh, if sakit.
  4. Tak membazir pakaian. *logik ke tak?
  5. Mengurangkan simptom penyakit dalam badan.
korang mesti nak tips-tips acane nak kurus slim gitu kan? ok, ni apa yang lea amalkan.
  1. Makan nasi sehari, sekali. If still lapar, minum air suam dalam kuantiti yang banyak. sebab perut kita ni suka menipu je. Kadang-kadang bukan lapa sangat pun.
  2. Perbanyakkan minum air suam dan makan buah-buahan. 
  3. Perbanyakkan pergerakan , if korang malas nak bersenam, rerajinkan lah diri buat aktiviti kat rumah tu, lap tingkap ke, bersihkan sawang ke, memasak ke, menyapu dan banyak lagi lah.
  4. Kurangkan makanan berminyak. ok, lea nak bgtau korang satu petua memasak. sebenarnya minyak masak yg selalu korang beli tu, tak elok sangat untuk kesihatan. setakat korang nak goreng cekodok ke, ikan ke, boleh, tp if korang nak masak sambal, sup, or benda yang bercampur dengan minyak, lea suggestkan korang pakai olive oil. kenapa olive oil? nnt lea cerita ok !Memang harga dia mahal sikit lah dari minyak biasa, tp untuk kesihatan kan? so, bebaloi ok.
  5. Memotivasikan diri. 

Now it's your choice. Happy reading !


4 comments:

  1. air suam boleh kurus ye? ok. good

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kura : yup, air suam boleh kuruskan badan, coz air antara elemen penting dalam badan + boleh buang toksik :)

      Delete
  2. saya dh kurus.. tgh cari cara mcm mana nk tambah berat badan :D

    btw sy follow awk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @faie mohamad : ouh, yeke.. hehe, senang je, makan ikut masa 4x sehari, dan ambil suplement :)

      Delete