HaTy CuMeL :)

Kenapa mesti aku?

Assalamualaikum..

Dunia tak sebegitu indah, tak seindah hidup yang kita impikan. Begitu juga aku. Menjalani hari-hari yang penuh kesakitan. Kesakitan yang sekian lamanya tidak dirasai, kesakitan yang bagaikan kebahagian telah dirampas beribu kali. Peritnya tak terkata, bertambah luka dihati. Kadang kala termenung sendiri, bertanyakan pada diri.. "mengapa mesti ini yang aku lalui?" .. " kemana perginya mentari yang menyinari hari?".. "kenapa aku?"..

Hari-hari aku bertanyakan soalan yang sama. Ini semua hanya kerana dia. Ye, dia.

Hari-hariku berlalu dengan kesepian serta keseorangan tanpa teman disisi. Dikala duduk berseorangan , hanya dia yang melintas difikiran. Ye, aku terlalu memikirkan tentang dia. Dan aku tahu, aku akan kehilangan dia selama-lamanya. Tapi mengapa masih aku tunggu kehadiran dia, menunggu detik-detik bait cinta itu kembali menerjah hari-hari.

 "Aku lepaskan dia.." itu kata-kata yang keluar dari bibir ku. Tapi hakikatnya hati aku masih terikat dengan cinta dia.

Aku sedih.

Jujur..

Aku cinta dia kerana Allah.  Aku bersyukur pada Allah, kerana mengurniakan insan sepertinya.

Dia seorang yang menghormati orang lain, sopan, berbudi bicara dan bagi aku dia tiada kekurangan. Dia perfect. Sangat perfect.

Rindu saat bila dipagi hari, dapat call dari dia, hanya untuk tanya.. " dah solat subuh?" Dia juga pernah hadiahkan sesuatu untuk aku yang membuatkan airmata ku mengalir dalam senyuman.

Jarak kami memang sangat jauh. Utara dan selatan itu umpama persisiran pantai dan dasar laut. Untuk berjumpa, memang jarang sekali. Suara dia menemani hari-hari. Tapi, hakikatnya pasti. Cuma dia yang boleh mengubah segalanya.

Aku tahu, mungkin setahun itu tak cukup untuk membuktikan segalanya, hanya kenangan yang menjadi saksi cinta aku dan dia. Mungkin memang aku yang tak layak untuk berada disamping dia. Menjadi seorang yang halal buat dia, menjadi seorang isteri yang sah dan menjadi penyeri hidup dia. Tapi aku tetap berdoa, aku tahu, Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya, dan aku yakin denganNya.

Hati ini tahu. Allah tahu. Cinta ini tahu.

Aku masih tak boleh jawab soalan yang membelenggu.

"Kenapa mesti aku?"

No comments:

Post a Comment