HaTy CuMeL :)

Holiday di Keningau, Sabah !

Assalamualaikum..
hai semua ! sihat? so, wahai adik-adikku sekalian, dah siap dah persiapan untuk sekolah? baju? kasut?pensil?pemadam? dah ade semua? kalau dah ada, bagus. kalau yang belum ada tu, cepat-cepat lah sediakan, jgn last minit baru nak buat.


Ok, before lea merepek panjang, lea nak kongsi kat korang pengalaman lea bercuti ! wwoohoo!! tak la cuti sangat pun sebenarnye. lea balik kampung sebelah ayah tiri lea. Firstly , memang lah sakit pinggang ni nak tahan 7 jam masa perjalanan !! mane taknye, 1jam 30 min dari rumah ke LCCT, then 2jam 45min ke Kota Kinabalu, then another 3 hours ke keningau ! kejang eh urat saraf lea. Yes, lea naik Air asia . Thanks Air Asia.

Bila citer pasal Air Asia ni, mase flight hari tu, dalam masa takda slera nak makan, lea sempat gak la order set nasi lemak pak nasir , ok, not bad, ala, bukan selalu kan naik flight, sesekali rase pun konyang jugak . padahal, before naik flight dah mentedarah mee kari ! mee kari mmg sedap, tapi bila dah nak hirupan terakhir tu, baru perasan, kedai makan tu sebelah tandas. patutlah banyak lalat. haih..haih..spoil gila !

Ni adik lea kusyuk bebeno bace pasal keselamatan dalam flight. 1jam flight, 1 jam dia dok tanya ke lea ape benda ni, ape bende tu, api la, baby lah, mybe sebab tulah terpanggil nak makan nasi lemak. (ok,takda kene mengene)

Bila sampai je kampung, rase heaven sebab dapat berdiri, goyang2 badan serta kaki. And lagi heaven bila banyak buah-buahan ! Kampung lea ni, belakang rumah, banyak pokok buah, buah durian, manggis, rambutan and banyak lagi lah !


Haa, ni lea jamu korang dengan buah durian ni, name dia durian ralit. besaq dia, tak besaq mana lah, besaq dua genggam tangan korang, and isi dia tak macam durian biasa. Nasib lea baik, dapatlah tengok keindahan ciptaan Allah, dapat tengok 3 versi warna isi durian. Bukan setakat tengok ja, rasa pun sodap. Lea tak sure samada kat semenanjung ade ke tak durian ni..

Masuk hari ni, dekat 2 minggu dah lea kat sini. Dah sampai masenye packing2 barang, balik semenanjung. Insyaallah, ada rezeki lagi, sampailah lea kat sini lagi. And mybe mase tu travel sensorang je ke. hehe. sebenarnya ada banyak lagi cerita lea nak kongsi, tapi kene tunggu next entry ok ! papaii !

2 comments:

  1. wahh. xpenah lg rasa durian camtu. sdap x?
    btw. follow sini. jum singgah blog kite :)http://m0shie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete