HaTy CuMeL :)

Gambar Pra Perkahwinan & Selepas Perkahwinan | Trend @ Haram??

Assalamualaikum..

hai semua, hari nie Lea nak kongsi dengan semua masyarakat dan taulan. Sejak kebelakangan ni, kebanyakan pasangan yang suka membuat gambar pra perkahwinan untuk simpanan dan kenangan hari mendatang. Tapi ramai yang menyifatkan bahawa gambar pra perkahwinan ni haram disisi agama Islam. So, disini lea nak berkongsi artikel yang lea baca untuk renungan semua.

1. Hukum bergambar secara umum
Ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusof Al- Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah
    Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti :-

a) Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin.
Jika pakaian yang dipakai oleh pengantin tidak menutup aurat, maka ia HARAM dirakamkan lebih-lebih
lagi jika jurugambar tersebut bukan mahram bagi kedua-dua pengantin. Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang.Tetapi jika gambar tersebut dirakam oleh kedua-dua mahram, maka tidak mengapa dengan syarat gambar yang dirakam tidak disiarkan kepada umum sebagai contoh facebook,blog,youtube dan media sosial yang lain. Seharusnya gambar tersebut adalah untuk simpanan kenangan peribadi sahaja.

Firman Allah, " Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang jahiliah yang dahulu...." (Al-Ahzaab ayat 33).

b) Pakaian menutup aurat namun dengan aksi berpelukan, berkucupan dan aksi-aksi yang boleh mendatangkan ghairah. Hukumnya HARAM sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin perempuan.

c) Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar orang asing. Ia DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan dihadapan jurugambar. Gambar juga dibenarkan untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar memberi maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

3. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
    Ia juga bergantung pada keadaan berikut :-

a) Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuhan atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mendatangkan keghairahan seperti berbaring, berpelukanna atau aksi-aksi untuk suami dan isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan begini hukumnya diantara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar untuk dikawal. Ia adalah lebih baik dijauhi kerana keperluannya hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran.

b) Pakaian tidak menutup aurat atau aksi bak suami isteri ia adalah HARAn tanpa keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

4. Upah Jurugambar
    Manakala upah jurugambar semua tertakluk kepada hukum yang disebut tadi.

i) Ia jelasnya mejadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
ii) Boleh pula lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat. Boleh jadi HARUS walaupun jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat serta tiada aksi-aksi yang boleh meransang nafsu lelaki.

sumber : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1011-gambar-pra-perkahwinan-dan-selepas-kahwin.htm

1 comment: