HaTy CuMeL :)

Semuanya ujian dari ALLAH SWT.

Assalamualaikum.


Pernah tak pada satu saat, terlalu banyak masalah yang datang menimpa kita, tiba-tiba Allah 'datangkan' pula orang yang bermasalah berkongsi cerita, berkongsi masalah, meluah rasa kepada kita sedangkan kita juga perlukan penyelesaian terhad
ap masalah yang kita hadapi. Pernah tak?

Waktu itu, emosi kita sedikit terganggu. Fikiran kita seakan berserabut. Jadual kita semakin kurang teratur. Namun, kita cuba membantu dengan memberi nasihat, motivasi dan kekuatan kepadanya. Saat itu kata-kata kita bagaikan motivator, counselor berpengalaman, penuh dengan kata-kata positif dan peransang.

Selepas memberi nasihat sedaya yang mampu kepada 'orang tersebut', kita termenung seketika. Kita merasa ada kekuatan wujud dalam diri kita. Rupa-rupanya barulah kita sedar, sebenarnya Allah memberi JALAN untuk kita selesaikan masalah sendiri dengan menyelesaikan masalah orang lain.Bagaimana? 


Ya, dengan memberi nasihat dan cuba mententeramkan orang tersebut, kita sebenarnya cuba menasihati diri sendiri... Cuba memujuk hati bahawa segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita menasihatinya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Hanya perlu berusaha, bersabar dan bertawakkal. Tanpa sedar, rupa-rupanya nasihat kita itu juga merupakan 'ubat' hati dan kunci untuk kita membuka jalan dalam menyelesaikan masalah kita sendiri.

Boleh jadi juga, Allah 'datangkan' orang yang bermasalah kepada kita dan kemudian memberi nasihat kepadanya adalah sebagai jalan tengah untuk kita MUHASABAH DIRI dengan mengingati kembali apa yang kita katakan kepada orang tersebut. Lantas kita berkata di dalam hati kita;

"Aku ni pandai saja nasihatkan orang, padahal diri sendiri pun tidak seperti apa yang dikatakan"

Kita terkesan dengan kata-kata kita. Baru lah kita sedar, sebenarnya kita menasihati orang lain juga adalah 'CARA ALLAH' menasihati kita, kerana JIKA ORANG LAIN YANG MENASIHATI KITA, MUNGKIN SAHAJA KITA SUKAR MENERIMANYA.

Subhanallah... sesungguhnya didikan Allah penuh tersirat. Hanya kita sahaja yang kurang memikirkannya.

4 comments:

  1. Allah menghantar pelbagai medium cabaran sebagai didikan jiwa nurani kita :) la tahzan... Keep in touch

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nurulfatihahramli yep :) qun faya qun..

      Delete
  2. Replies
    1. @kura always have to motivate our self if wanna be better person :)

      Delete