HaTy CuMeL :)

sesuatu yang susah untuk diungkapkan

Assalamualaikum..
maaf sekiranya entry ini menganggu emosi para pembaca. ini merupakan luahan seorang insan yang memerlukan kekuatan mahupun ketabahan sebagai seorang hamba Allah yang lemah. ye, tak semua pilihan kita buat betul dan tak semua kita rancangkan menjadi. ini semua dugaan Allah, dan kita perlu redha dengan ketentuan Allah. ayat nie lah kita akan fikirkan untuk kali terakhir.....

masalah demi masalah timbul, kebiasaanlah bila hidup didunia serba kekurangan nie.. masalah kewangan, masalah hati, masalah kecik, masalah besar dan macam2 lagi.. kadang-kadang kekecewaan/kesedihan menjadi kawan dalam kehidupan. jiwa jadi kacau, fikiran serabut, sehingga ade yang terus jatuh sakit kerana dek fikirkan masalah yang melanda. keputusan demi keputusan harus dibuat, dan kdg2 terpaksa melepaskan sesuatu yang kita nak untuk sesuatu yang menjamin mase depan.

hidup dalam kepalsuan ni kdg2 menyeksakan. ye, seorang yang suke ketawa, banyak cakap, senyum selalu dan sentiasa happy itu kdg2 satu kepura-puraan dan palsu demi menyembunyikan kesedihan yang dilaluinya.
tiada orang yang akan faham apa yang dialaminya, hanya boleh disandarkan berdasarkan kata2 semangat dan kebaikan orang kepadanya. lebih2 lagi bila berjauhan dengan keluarga tercinta, tiada tempat mengadu, tiada tempat bermadu kasih dan tiada tempat untuk memberi senyuman ikhlas.

apa yang ada...

cuma Allah. Allah tempat kita mengadu nasib, kesedihan mahupun kedukaan. Allah sentiasa ada disamping untuk memberikan nafas untuk teruskan kehidupan. Kerana Allah Maha Pengasih lg Penyanyang. sentiasa membimbing hambaNya kearah kebaikan, memberikan peluang untuk bersujud dan memohon padaNya. tapi kdg2 kita lupa denganNya dek kerana terlalu taksub dengan dunia yang fana.

"Ya Allah, Kau berikan ketenangan serta ketabahan kepada hambaMu yang lemah ini, berikan pertunjukMu, dan lindungilah hambaMu ini dari sebarang hasad dengki dan jauhkanllah sifat alpa dalam diri kami. semoga kami memperolehi ketenangan dalam meneruskan kehidupan didunia dan di akhirat"


No comments:

Post a Comment