HaTy CuMeL :)

Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Re-Post | dengan satu perkataan "TERIMA", kau sah jadi tunang dia !

assalamualaikum..
 entry hari nie :)
BERTUNANG!



seperti yang kite tahu laa..
pertunangan tuu terjadi bile mengikut adat seperti persetujuan antara dua belah pihak,
sarung cincin dan sebagainya..
tapi tahukah kita dari aspek agama?

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

seperti contoh..
pasangan anda menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anda..
kemudian anda bersetuju tanpa dipaksa.
maka, bertunanglah anda..

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
sumber : iluvislam.com

bersin itu PENTING ke??

Assalamualaikum.
salam Ahad semua!

hari nie, pagi-pagi dah bangun !
lea dok kemas bilik, basuh baju and banyak lagi la keje yang lea buat..
(nak tunjuk rajin la tuuuu...hahaha)
sampai tak breakfast !
sesungguhnya lea memangla jarang breakfast, breakfast pun minum air jeee..

by the way, back to the title for today !
wah-wah nak speaking2 pulakk...
okeyy..
bersin itu PENTING kee??

semalam malam, lea bersin sampai menanges-nanges..
haha.. sakit woo..
bersambung-sambung lebih 10 kali kowt..
sampai roomates lea kap "kau pehal nie la! kene sampuk antu bersin ke??"
errrkk!
malam-malam panggil antu plakk..
kang datang kang, lea gak kene..
okey. totally mengarut. kawan2 lea memang mcm nie. pull stop.

so, kalau korang bace kat artikel dalam magazine and so on, 
akan menyatakan satu fact bahawa ..

"Bersin (atau hal Bersin) pengusiran sawan separa autonomi, udara dari paru-paru melalui hidung dan mulut, biasanya disebabkan oleh zarah asing menjengkelkan mukosahidung. Bersin juga boleh dicetuskan melalui pendedahan kepada cahaya terang tiba-tiba, perut penuh, atau jangkitan virus, dan boleh membawa kepada penyebaran penyakit:"
( credit : wikipedia)

nampak tak? nampak tak? nampak kannn..
so, kalau ikut fact, bersin tu adelah jangkitan virus.

kat sini lea nak kongsi gak pendapat atok lea..
lea kalau balek kampung, selalu dapat syarahan free..
tak payah nak g kem motivasi bagai,
balek kampung dah cukup.. 
korang nakk? jom ikut lea balek kampung..
atok lea bekas guru skolah @ ustaz..
pagi-pagi bangun tido, and mase amek wudu',
atok lea slalu pesan..
atok lea ckp macam niee..
" cu, bangun pagi-pagi n mase amek wudu' , masukkan air dalam hidung, pastu bersin!"
lea cakap la..
"kenape tok?"
atok lea kap..
" mase kite tido, syaitan akan masuk dalam setiap liang roma kat badan kite, lebih-lebih lagi, kat hidung. jadi, bile kita bersin, ibarat macam kite bersinkan syaitan-syaitan yang dok begayut..
same jugak waktu wudu', kalau semua anggota badan kene air wudu' tapi idung tak dilindunggi, macam mane syaitan tak kacau wktu solat, jadi amalkan "

haa.. macam tu la atok lea kap..
lea hanya menyampaikan ape yang baik..
untuk kongsi-kongsi ngan kawan-kawan lea supaye tak abaikan benda sekecil tuu..
so, dah taw kan? buat ! hehehe..

okey lah.. renung-renungkan dan selamat beramal !

P/s : korang nampakkan ade ads kat blah atas tuu and blah kanan(nuffnang & heartbeat), nnt korang tolong klik2 ea ! dah klik, bgtaw kat shoutbox, t lea terjah blog korang and klik kan tok korang jugek ! time kaseh :)