HaTy CuMeL :)

Terus Cantik dengan HERMO MALAYSIA !

Assalamualaikum girls !

its been so while, haha. But today tetibe ada mase terluang. Sesambil cuci-cuci mata, bolehlah suggest kat uols lagi-lagi yang jenis suka shopping online.

But mostly mesti dah tau kan? bila sebut HERMO.MY, semua mcm.."ape benda tu?"

so here it is.




For who yang gila make up , yang nak usha2 skincare, gift, inilah syurganyaaa. haha. 

Harga? 

Seriously, murah dari retail store melainkan time tu retail store buat sale. Kenalah rajin-rajin g usha kat kedai survey harga. Tapi setakat ni, price kat hermo ni sgt lah berbaloi baloi. 

Bila dah shopping sekali, nak shopping lagi ! 

this is my cuba-cuba beli mase first time.


-Silkyfit BB cream (brightening/sensitif)
-YADAH lips balm
-To Cool For School oil paper

and for all of this , BELOW RM50 girls! and qualiti memang superb lah kan, and im in love with that BB cream so much. tengah usha nak beli lagi ni, hehe.

ANDDDD....

ade and lagi.. for shipping, jgn risau. shipping sangatlah murah, but lebih jimat beli 2 keatas..


see, korang mesti suke.

ANDDD...

ade lagilah..

mereka pos, bukan masuk dalam plastik je. Diaorg jaga cust baik punye. dia letak elok-elok, cantik-cantik dalam kotak .

Oklah , taknak bebel panjang-panjang. Jom Shopping !

LINK : Hermo.my

Tips Penting Shopping Online !

Assalamualaikum,


Hai semua ! So hari ni lea nak kongsi tips-tips nak shopping online. Seriously Lea memang suka shopping. Every month mesti Lea akan schedulekan jadual Lea untuk pergi malls lagi-lagi kalau ade sales. Sape yang tak suke sales woii! hehe. Tapi ade mase, alahaii malasnye nak drive pergi mall. Nak gi shopping sorang-sorang pun macam boring coz takde kawan yang nak tukang komen and tukang banyak songeh kan. So, the easier way adelah SHOPPING ONLINE! Lagi la ni zaman semuanya dihujung jari , Facebook, Instagram, website and banyak lagi.

Ramai yang tak berani nak ambil risiko bila shopping online ni. Mesti yang ade tanya "Boleh percaye ke ni?".. "Takutlah kene tipu".. dan banyak la lagi pertanyaan. Ikutkan Lea mase mula-mula dulu nak shopping online pun macam ni jugak. So, the best way korang nak shopping, jom lea bg tips-tips.

1 - SURVEY


Haaa.. sebenarnye ni lah langkah yang paling penting korang kene buat. Ramai yang skip, sebab bila tengok satu onlineshop, suka brg tu, then trus order. Korang kene rajinkan jari jemari dan masa korang untuk survey barang. Contohnya korang nak beli krim muka. Memang zaman sekarang ni bersepah-sepah kan orang yang jual krim-krim bagai ni. So, ape yang korang leh buat, korang survey. survey la at least 5 online shop(paling sikit). Tak kira la thru instagram ke, fb ke.. korang kene rajin. Selain korang boleh dapat better price, korang boleh jugak jimat duit kan? sometimes bila korang buat survey, korang blh dapat info if ade yg online shop yang pernah tipu cust or anything yang kite nak elakkan. same goes bila shopping closet. survey first!

2 - FEEDBACK

Beside dari survey, korang tgk jugak feedback dari customer yang beli dengan blogshop/instashop/onlineshop tu. Lea paling suka shopping kat instagram. Sebab korang boleh tengok feedback by baca komen-komen gambar diaorang. Feedback itu sangat penting, sebab kadang-kadang kalau barang kecantikan ada yang tak sesuai dengan kulit dan sebagainya. So, dari situ korang tau produk tu ok ke tak. Keep googling ok!


3 - QUALITY

Bila dah godek-godek, dah tengok feedback, dah jumpe yang better price and dah puas hati, make sure u all aware dengan kualiti produk dan org yang menjualnye. Make sure Ori, good quality, good hospitality and good in all aspect. Korang semua boleh selidik, how long it takes for delivery, pre order or ready stock, material, ingredient, contain, and so on.

4 - CONFIRMATION/ STOCK STATUS

Confirm again barang yang korang nak beli, price, postage. Please tanya balik dengan org yang korang deal tu, sama ada barang READY STOCK or PRE-ORDER. Dont easy buat confirmation without knowing the stock status. Sebab dia bagi differences yang sangat besar. Usually, barang yang ready stock ni mahal sikit dari yang pre-order. Sebab pre-order ambil masa 2 - 3 weeks at least utk sampai kpd customer manakala ready stock boleh esok pos. Lea akan terangkan tentang Pre-Order & Ready stock utk next short entry ok.

5 - ORDER

Ok, this is the biggest step. Bila korang order, korang akan menggunakan Whatsapp or IM or Wechat or ape-ape je la. If this is first time korang order dengan dealer, make sure korang jangan delete your conversation. Termasuklah bank account and nama. If ada ape-ape misunderstood between u and the dealer, korang boleh lah argue sebab ade bukti. Dan simpan jugak No fon beliau okeyy !

6 - DELIVERY



Once u dah order, just confirm kan balik bila dia akan pos barang and how long it takes nak sampai. Sometimes, onlineshop ade buat COD ( cash on delivery). If korang rasa korang nak COD, korang tanya la onlineshop tu dia ade buat COD tak, area mana, bila, Then u all tanya la , if korang nak COD kat sini situ boleh ke tak. If boleh, COD. If not, pos la. Usually kalau Pos laju, just about 1 or 2 days je dah sampai. Tak temasuk public holiday.

Do i help?? hehe. sorry if tak banyak membantu. But ni lah yang Lea buat sepanjang lea shopping online. Ape yang penting, kene sabar ok!

So thats it for today, hope dpt la tolong u all lagi-lagi yang first time nak purchase. Ok, Bye !

Readers Choice Month

Assalamualaikum.


Pagi-pagi berteman kan coffee ni, Lea dengan suka citanya nak buat Readers choice untuk entry lea. Ok, kira Korang boleh tanya tentang tips, DIY, make up , or tentang something about relay or apa-apa benda yang korang nak sangat taw, tapi cari- cari tak ada or takda jalan penyelesaian, 

Ok. mcm sound complicated plak.

Contohnya, korang nak sangat tahu macam mana nak berbaiki hubungan sesama keluarga, kawan or etc. Insyaallah lea akan buat 1 entry utk bg tips or apa yang korang leh buat utk selesaikan masalah tu. Insyaallah.

Kire ala-ala kaunselor siber la ni. Haha, ok. serius.

Lea nak semua orang dapat penyelesaian terbaik dalam segala aspek kehidupan. yang mana lea mampu tlg, Lea tlg laa bg tips2 or nasihat. 

macam mana nak tanya?

Senang je.

Korang boleh leave soalan or apa-apa yang korang nak taw kat komen bawah entry ni, or korang boleh leavekan kat ask.my blah kanan blog lea and lg satu korang boleh email lea lullabies.bella@gmail.com.

Korang boleh tanya apa je, but make sure its public friendly not 18sg. Oh mai...sebab itu bukan bidang lea. Theres no limits soalan yang nak tanya, lea akan go thru semua soalan-soalan tu but lea akan swab dengan soalan dari orang lain jugak. 

Adil dan saksama ok. 

Lea akan start bila-bila je , so korang dah boleh start tanya soalan or mintak tips okeh ! 

Ok, just for now. meet u soon. 




2014 yang lebih ekstrem

Assalamualaikum..


As we know , 2013 bakal berakhir tak lama lagi, so ape plan korang untuk tahun baru? Kalau nak go thru 2013 ni, macam-macam kenangan ada. Lea konvo, bekerja secara official dan sekarang menganggur. haha. Menganggur sebab lea nak pulang ke tanah air. Ecehhh pulang ke tanah air macam dok overseas lak. lea genap setahun duduk kat selangor, so tiba masanya pulang ke Melaka untuk cari pengalaman baru. Mana tahu kan kat tempat kita membesar, kat situ rezeki kita. Kot dapat jodoh pun kat sana. ihik2. Rasanya macam skema plak entry kali ni,  Agak lah.

Ok.

Untuk misi 2014, kalau gov buat bajet 2014, lea buat bajet entry  2014. haha. Lea akan cuba memberi pengisian yang amat-amat penting untuk semua remaja kat luar sana. Tak kira la blogger ke or pembaca blog. Lea akan cuba selitkan beberapa tips-tips untuk perempuan dan lelaki. And lea mungkin akan buat review tentang blogshop or instashop or yang sewaktu dengannya. Insyaallah lea akan cuba sedaya upaya. So, nanti bila lea dah setting masa lea untuk berbelog balik , Insyaallah lea akan kerap sekerapnya update blog memandangkan 2013 ni lea tak dapat luangkan masa and kongsi tips2 untuk perkongsian bersama.

Seriously, memang skema habis entry kali ni.

Untuk sekian kalinya lea ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca blog lea! Hopefully korang terus dan terus membaca blog lea eh ! hehe. 

Tunggu taw lea punya next entry !


Kembali ke zaman 90'an

Assalamualaikum,


Hai semua! ape kabar? lame tak tanye kabo kan. Setiap kali hupdate blog mesti cakap "besawang dah blog aku" . Tapi alhamdulillah, even lea jrg update, still ade blogger2 n rakyat jelata yang sudi jengah and komen entry2 lea. THANK YOU U OLLSS!

So, back to the point.

Sejak2 buah hati pengarang jantung lea Mr. S pecah screen dia, lea pun kembali ke zaman 90'an. zaman apakah??

Zaman telefon main snake tu.

Zaman desktop komputer yang ade CPU yang besaq gedabak tu.

Dan zaman-zaman yang sewaktu dengannye.

Rindu jugak zaman sekolah. ihik2.

Jadi terpaksalah menglimitkan time utk bersosial, terpaksa lupekan ayat.. "semuanya dihujung jari". sekarang takda di hujung jari, sume kena ada effort sendiri nak on komputer, tunggu loading bagai, dan blablabla.

Teruk sangat ke?

tak la teruk sangat. kire ok lah. still gak leh pesbuk, belog, mesej, tepon.. so, ok lah kan?? or korang rasa teruknyeeeee xde sematpong..

sematpong.. sematpong..sematpong.. but serious sedih sangat, merata dok ringankan mulut tanya kos dia, uhuk3, MAHAL ! tulah dia, henpon mahal, maintenance pun boleh tahan lah kan? kalah anta keta p servis. ish2.

Takpelah, nampaknye berbulan lah Mr. S tersimpan. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki, Insyaallah ade rezeki lebih, kite p hospital k. yang penting keta g servis dlu. ye idok? mana yg penting, didahulukan.

sape geng zaman 90'an, kembangkan hidung cepat ! hehe. kite geng !



Saya si Kulit Sensitif & tips utk merawat

Assalamualaikum.


Hari ni lea nak bercerita pasal kulit sensitif. Actually lea pun mengalami benda yang sama, yang orang kata sangat menjengkelkan kehidupan seharian lagi2 kalau mengadap cermin. And seriously, amat menjengkelkan. 8 of 10 people have sensitive skin and it cause from weather, product, environmental, hygiene and so on.

Sejak dari bangku sekolah sampailah masuk IPT, lea mmg tak ada langsung masalah kulit. Sehingga lea try 1 produk set pencuci muka yang keluar di majalah2. Kononye nak la putih sikit sebab dulu lea time sekolah aktif kawad and sukan, so kulit takyah cakap la..

Ramai kata kalau pakai produk tu, takkan ada pengelupasan kulit. *ayoo, teruknye BM aku* but after 2 weeks lea pakai, kulit lea jadi teruk sangat-sangat and jerawat jangan cakap lah, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kulit mengelupas, warna kulit tak rata.. and bila letak moisturizer, dia punye pedih Tuhan je lah yang tahu..And sejak tu lea berhenti guna dan stop hampir sebulan lea langsung tak pakai pencuci muka sebab nak biaq dia baik secara naturally. Tapi malangnye tak menjadi.

Produk kulit?? jangan cakap lah.. macam2 produk dah lea guna, dari yang murah sampailah yang mahal tapi takda 1 pun yang membantu. Seriously, lea sampai give up dah.

Tu cerita few years ago. Today, Alhamdulillah. even takla cantik kulit, tapi perlahan-lahan lea nampak perubahan. Just tinggal bekas2 jerawat and kulit sensitif memang mengambil mase yang lama nak merawat. So lea nak kongsi beberapa tips utk si kulit sensitif.

Tips :
1 - If korang try guna produk, at least korang try 6 bulan, if tak da perubahan langsung, change new produk.
2- Make sure minum air secukupnye 6-8 gelas sehari.
3- Ambil supplemen untuk kulit, cnth, vit c, vit E, fish oil dan sewaktu dengannye.
4- Rajinkan diri minum green tea. Sebab green tea mengandungi antioksidan yang tinggi n bagus utk kulit. Sekurang2nya 1 cawan sehari.
5- Elakkan dari guna produk yang mengandungi bahan aktif sbb dia akan buat kulit bertambah kering dan mengeluarkan sebum / oily skin.
6- tidur yang cukup.
7- Kebersihan. cnth, benda yang kita dekat dengan kulit like sarung bantal, brush yang kita guna utk pakai make up, span, and tangan.

Kat sini lea ada few produk yang lea guna and berkesan kat kulit lea. Mane tau baik utk kulit korang jugak ke..

1- Bio-essence Tanaka White.

credit:cikmar

Seriously, memang mahal sikit lah, but berbaloi. Bila kulit korang tinggal kesan2 je, cari produk yang utk putihkan kulit. Sebab Tanaka white ni "double whitening" .. so, Alhamdulillah baru 1 week + lea pakai, slowly dah hilang dah sikit2. Kesan dia memang cepat.

2- Olay Natural white 


Ok, Olay natural white ni yang bestnye water contain dia sgt tinggi, lea pakai rase lembab je kulit. But if korang ada masalah kulit jerawat, elakkan pakai yang cream, sbb boleh clogged pores. Yang ni face baru dia.

3- Mineral make up.

Mineral make up ni membantu merawat kulit. Sebab contain dia sangat ringan dan takkan membebankan kulit. Juga kurangkan kulit dari berminyak. Antara produk yang lea pakai sampai sekarang, Maybelline.



4- Revlon colorstay Foundation 

Ramai yang tanya lea, kalau kulit sensitif , foundation ape yang sesuai nak pakai?? So, ni lah dia.


Memang best , kulit memang full cover, tahan 24 hours, and the best thing..... kulit tak berminyak pun! tipu la kalau tak berminyak langsung, tapi dia kawal sebum kulit kita.

5- Green Tea & Vit c.

Tak kesahlah ape jenama green tea pun, but seriously memang bagus utk kulit. Minum suam2 panas pagi or before tido memang menyaman kan.. Vit c pun penting. 500gm pun dah cukup dah.. Amalkan tiap-tiap hari, Insyaallah. Kalau leh dapat green tea yang fresh, lagi bagus. Ang serbuk green tea tu boleh dijadikan scrub/mask.

Kita ni dijadikan kulit berbeza-beza , so jgn malu dengan kulit kita sekarang. Yang penting jgn give up ! Yakinkan diri.. cakap.. " satu hari kulit aku akan cantik!" motivate diri dan In sya Allah.

For further info, korang leh lah jenguk kat sini.
- Bio-Essence
- Olay
-Maybelline
-Revlon

or korang leh google nama produk and baca feedback pengguna .

Ok guys, gudluck :)

feels complete.

Assalamualaikum,


hai blogger sekalian pelusuk alam.. Actually this entry saje2 je, nak merepek meraban kan sini. Rase rindu lak tetibe nak berblog setelah sekian lamanye membusykan diri dengan kerja2 yang berfaedah lagi memanfaatkan. Just a short entry want to share with others.

Actually few days ni, sejak2 keberangkatan account exec lea ke Krabi, mmg sunyi rasenye hidup. takda da orang nak suruh2 buat itu, buat ini, filing la,.. rase rindu lak kat dia. haha. Bila la lea nak sampai Krabi pulak kan?? hopefully end of the year or early next month dpt lah g bercuti bersantai2 kat Langkawi ke, Pulau perhentian ke.. yelah, cuti2 Malaysia. slalu sgt dah asik KL, Johor, Melaka.. kali ni bg utagha sikit.. kot2 dapat buayepren orang utagha ke? hikss..gataii makngah !

Pejam celik, pejam celik, tinggal brape minggu je nak puase kan?? Lea skrg tgh bz dok pk nak buat kuih raye.. eh! ape trend plak ea kuih raye tahun ni? Apekah chef Malaysia kita cipta kuih baru atau meneruskan tradisi kuih tat?dahlia?semprett? atau ade name kuih baru yang bunyi2 ala-ala prancis? "swashigtdjh dealghtr" ce korang sebut.. mungkin kah?

Beralih kepada baju raye.. Hamboi, tak puasa lg dok pikiaq dah baju raya.. dah 2 tahun berturut2 dah mengidam nak baju kurung merah xdapat2.. tahun ni?? den tak tau la.. den pun dok tanya cik abg nak beli baju warna ape.. cik abg dok kata suh bli biru cair. hurm, bagi la sebulan nak pikiaq dulu. malam raya baru g. Trend tahun ni mesti semua ala2 pepelum, saloma kan?? biase lah, ikut trend. baju perempuan je dok tukaq2 fesyen. baju hok laki, nu baju melayu cekak musang je. ce lah buat peplum utk laki gak.. tragik la sikit kan?

tak sabar rase nak tunggu sume kengkawan blogger update blog cite pasal raya, puasa.. mesti citer best2 kan?? lagi2 pasal kuih raya. mohon kengkawan semua kongsi lah resepi kuih raya. kot2 ade yang baru balik prancis dpt ilham cipta kuih nama ala2 prancis.. tapi make sure bukan semprett, tukaq bentuk sikit, tabur gula, dah nama "swhidtggjs headrtuykdgw" okeh.

Tak sabaq gak nak dengaq citer dari blogger kecik comey, yuyu pasal shopping online dia, si cantik namee kongsi puase pertama sbg seorang isteri, hikss.. and also the gojes Maria Elena , rinduu nak bace entry2 dia..

apa-apa pun, thanks to people who try their best to make me happy while i sad, make me smile even i didn't feel want to smile and always be with me till my tears gone. I love you guys ! you complete my life. I'm feel lucky to have u all in my life.

sawadikap. *hikss

Cermin mata VS Contact lens

Assalamualaikum,

Hai sahabat blogger mahupun pembaca sekalian..

"Cermin Mata Vs Contact Lens"


Hari ni lea nak berkongsi pasal "Cermin Mata VS Contact Lens".. Lea merupakan pemakai tegar contact lens dari lea umur 11 tahun sampailah umur hampir mencecah 22 tahun. Yes, 10 tahun. And lea mumpunyai pengalaman manis dan pahit tentang pemakaian lens ni. So, lea nak kongsi bersama kawan-kawan yg baru berjinak-jinak atau baru  rasa nak cuba pakai.

Banyak kelebihan dan kekurangan kedua-dua alat pembantu penglihatan ni. Lea seorang yang rabun jauh. So, disebabkan lea nak kene g class, drive, kerje , n kene fokus banyak benda dalam satu masa, jadi, lea amat-amat memerlukan kedua2 ni. So, lea akan terangkan definisi lea sendiri ok.

Cermin Mata
Lea sebenarnya tak berape nak suka pakai cermin mata , sbb nnt tudung jadi kembang n lea plak jenis muka kecik, susah nak cari bingkai yang takkan mengembangkan tudung. Bila pakai cermin mata, lea akan elakkan dan seboleh-boleh taknak pakai shawl, yg sememangnye lea suke pakai shawl.

Bila pakai cermin mata ni, kdg2 telinga sakit, n kdg2 jugak dia melorot sbb idung berminyak. Oh, sgtlah tak ohsem ! Bila Tempat ber aircond, keluaq ja, terus fogging cermin, bahaya2 kalau baru bukak pintu kereta tu then keluaq, tak nampak oh kereta lalu. ada masa kita akan rase pening sikit pakai cermin mata..

Tp ape yang bagusnya cermin mata ni, kos nak buat cermin mata mmg sakit sikit. Lea plg murah buat pun RM4++ .. tapi if utk 3-5 tahun akan dtg pakai , jimat kos jugak sebenarnya berbanding lens. Then, kalau setakat nak dok rumah, tgk tv, online ke, n stakat nak g kedai seberang jalan tu, ok what pakai cermin mata je, takda la leceh2 nak pakai lens. Jimat masa pun ye jugak. Takkan setiap kali nak tgk tv, korang sanggup duduk 2 meter dr tv sbb xnampak atau sggup berlens berjam2 semata2 nak tgk tv? so, advantage dia most lea suka. If kita rushing, just sarung je, tak payah nk pk kene cuci la, ape la. Ape yg penting, jangka masa yang lame.

Contact Lens
Lea dah cuba lens dari kedai optic dan online. Lea suka pakai lens sbb lea rase free je nak pakai tudung or shawl, then penglihatan tak terhad mcm pakai cermin mata, kalau tgk side sikit, nmpak bingkai, ye dokk?? Lens jugak antara trend zaman2 sekarang lah kan, mcm2 warna , corak and banyak lagi. Tapi lea prefer pakai full hitam or full brown.

Lea pernah tanya medical representative kat slh satu kedai cermin mata fav lea pasal lens. Dia kata , yang bagusnya pakai lens dari cermin mata, lens ni dia akan lindung kita punye retina dari fokus berlebihan bila pandang sesuatu sbb lens tu mcm lapisan mata yg lindung kita punya mata hitam tu. So, risk nak kena lebih  rabun tu rendah. Lain pulak kalau pakai cermin mata, dia mcm ala-ala magnifying glass. Bila korang tgk magnifying glass korang akan rasa pening, sbb dia kata dia mmg bantu retina kita utk melihat, tp kdg2 dia akan buat urat mata kita penat dan ade risk buat power rabun kita bertambah.

So, korang prefer mana?

But, belom habis cerita lens ni..

Keburukan yg lea alami bila pakai lens ni, bila cuaca sgt panas dan sgt sejuk. Sampai satu masa, cuaca Malaysia yang tak menentu ni, boleh effect lens n mata kita. Kita akan rasa sangat2 kering dan sampai masa, lens tu akan melekat kat mata kita. Lea pernah kena masa kat hostel dulu, masa spm. masa baru lepas habis paper hari tu, lea duk dlm bilik, n baring2, borak2 ngn roomates. cuaca sgt panas hari tu, and suddenly lens tu termasuk dalam mata, n susah sgt2 nak keluarkan, smpai meleleh2 ayaq mata ni, Alhamdulillah, mungkin nasib lea baik hari tu, n lens tu dpt keluar, n ape yg tak best nye, lens tu koyak. nasib baik x tertinggal dalam mata. 80% boleh menyebabkan kita boleh buta wlaupun hanya serpihan lens tu tertinggal dlm mata.
macam biasa, kebersihan tu sgt lah penting.

Mata penat, rasa kering , sakit kepala antara simptom-simptom bila pakai lens.

Sebenarnya kos pakai lens ni sgt tinggi, sbb sepasang lens hanya boleh pakai based on hygien hanya 1-3 bulan sahaja. But mostly prefer 1 bulan. If 1 lens dah RM50, bayangkan setahun.. dah boleh buat cermin mata yg boleh tahan 3-5 tahun.. haaa..itu baru kos beli lens, solution lg, bekas lens lagi..

So, setakat ni, if lea g keje, driving, lea prefer pakai cermin mata. If ade occasion, or saje2 nk keluar ngn member if tak driving, lea kan pakai lens.

Pilihan terletak ditangan masing-masing. Lea hanya berkongsi pengalaman . Hopefully entry ni membantu kawan-kawan kat luar sane ye. Happy reading ~

Fav cermin mata & lens store : Focus Point
Fav and trusted Online lens dealer : Siti Lens

Saye budak bawah umur.

Assalamualaikum,
Hai blogger sekalian!Amboi, rase berabad tak update blog yg usang lg yang tak berapa nak havoc ni. Biasa laa , alasan biase "ade idea tp lappy mesti takda depan mata.." so, hari ni dengan bangganya beta update blog.

Cerita disebalik bawah umur ni, sebenarnya berkaitan rapat dengan ape yg berlaku lately. Ade kah mereka salah tgk beta , atau beta ni awet muda. Hikss. *perasan*

Setiap kali jumpe orang baru a.k.a kawan ibu or ayah, mesti org tanya.. " Baru habes sekolah ke?".. Bila lea dengaq soalan mcm tu rase kembang kempis hidung ni perasan yg sy ni baby face. *loya pulak tekak ni*.. ape yg boleh lea react... mcm ni..


ok.

Bila dah explain segala detail, latar belakang mahupun duration dah bekerja, baru la diaorg cakap. "tgk muka mcm baru habes sekolah or belaja" .. ok, kali ni 2 kali ganda kembang kempis hidung ni.. bukan tu je, bertambah2 rase baby face plak muka ni.. haha. ok, tak lawak.

Ape-ape pun, Alhamdulillah, semua ni kejadian Allah , maka bersyukur lah kita sebagai hambaNya. Tak kira la, kita cantik ke, tak cantik ke, comel ke, hensem ke, bersyukurlah. Setiap orang ade kecantikan mahupun kehenseman sendiri. Kalau tak cantik fizikal, biaqlah cantik akhlak dan iman.. betul tak?

Ape-ape pun, sekadar berkongsi, abaikan segala perasantan yg berlaku dalam entry ni. Hikss.

Bagaimana hendak didik diri supaya tak tinggal solat?

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nafas untuk teruskan kehidupan hari ini..
Disini lea nak kongsikan sedikit sebanyak tentang " Bagaimana hendak didik diri supaya tak tinggal solat?"


Lea akan berkongsi berdasarkan dari pengalaman lea sendiri.

Sesungguhnya semua manusia mengalami masalah "meninggalkan solat" . Lea akui lea sendiri melalui detik-detik ini. Semua manusia tak perfect , tp hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Alhamdulillah, semakin dewasa, Allah membuka pintu hati lea untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, Insyaallah.

Jadi, tanpa lengahkan masa, lea akan kongsikan sedikit sebanyak apa yang lea buat untuk didik diri lea sendiri supaya tak tinggal solat.

1 - Sentiasa mengingati Allah.
Walau dimanapun kita berada, sentiasa ingat pada Allah S.W.T . Dengan sentiasa selawat, berzikir mahupun perbanyakkan menyebut kalimah Allah. " Jika kita sentiasa ingat pada Allah, Allah akan sentiasa ingat pada kita"

2 - Sentiasa mengingati azab api neraka.
Setiap kali kita terlupa pada suruhanNya, ingatlah azab yang kita akan lalui diakhirat nanti. Jangan kita fikirkan pasal orang lain .." dia buat xpe, xkn aku tak leh.." "dia tak solat pun..ahh, malas lah" .. Tolak tepi tentang org lain,kita fikir diri sendiri. Kita akan lalui sendiri.

3 - Berkawan dengan orang yang berilmu agama.
Tak kira lah kawan sekolah, kawan mase belajar, sedara mahupun ustaz& ustazah. Dekatkan diri kita pada mereka, tanyakan semua isu agama yang kita tak tau. Insyaallah, sedikit sebanyak dapatlah kita mentarbiahkan diri kita utk menjadi lebih baik.

4 - Jangan melengahkan waktu solat
Bila Azan berkumandang, cepat-cepat g ambil wudu' & solat. Jangan tunggu 10 minit la, kejap lagi lah.. memang akan terjerumus ke kancah tertinggal solat. Sehari kita hanya mendirikan 5 waktu solat = 17 rakaat.
Purata 1 waktu solat = 10 minit. 50minit sehari je dan Allah menggantikan 24jam satu hari. Tanya diri sendiri, "takkan 50minit pun tak boleh peruntukkan untuk Allah yang memberi rezeki, dan kehidupan yang aman"

5 -  Sentiasa memikirkan soal Mati.
Setiap hamba Allah akan merasa mati. Tak kiralah umur muda atau tua, kta tetap akan kembali padaNya. Setiap kali kita ada ura-ura malas nak solat, fikirkan.. " mati bila-bila masa je, even dalam tidur pun boleh meninggal". Lea selalu ingatkan diri lea, sebelum buat apa-apa, solat dulu. If apa-apa jadi lepas tu, sekurang-kurangnya lea dh menjalankan salah satu kewajipan lea sebagai seorang Islam dan sempat mengingati Allah sebelum ajal lea sampai. Kira lea tak berhutang.

Sekian dari sy, saya harap dapat membantu semua untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Insyaallah. Sentiasalah husnuzon dengan Allah, Sesungguhnya Dia Maha Kuasa , Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.

Ini adalah diantara usrah lea hari ni. Maaf andai ada tersilap kata mahupun perkataan. If ada yang salah, mohon perbetulkan. Sama-samalah kita mendidik diri . Mulakanlah dengan Solat .


Resepi | Cream puff custard filling

Assalamualaikum.

Hari ni lea nak kongsi resepi cream puff custard cream . Sesuai untuk jamuan kecil atau boleh dijadikan snack ! ok, tunggu ape lagi . jom!



Pastry :
250 ml air ( 1 cawan)
150gm butter @ margerin (1 cawan)
125 gm tepung ( 1 cawan + 1 sk baking powder)
4 biji telur ( besar )
1/2 sk garam ( kurangkan atau tidak perlu jika menggunakan salted butter)

Cara-cara :

  1. Panaskan air, garam dan butter sehingga mendidih; kemudian perlahankan api. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau pada over low heat sehingga semua bahan berbentuk bola, dalam 1 minit.

                   
      2.  Padamkan api, Masukkan telur satu per satu sambil gaul sehingga doh sebati dan lembut.



   3. Panaskan ketuhar 200 degrees celcius atau 400 degrees fahrenheit.

  4. Gunakan sudu teh penuh @ sudu makan ( terpulang pada korang nk size mcm mane) @ boleh gunakan pipping bag dan jarakkan 2 inch setiap satu di atas ungreased cookie sheet.


  5. Bakar puff sehingga puffed dan warna coklat keemasan , 20 - 30 minit. sejukkan.



  6. Belahkan separuh setiap puff dan masukkan custard filling. 

Custard filling :
3 biji kuning telur (besar)
200gm gula (1 cawan atau terpulang pd individu)
750 cc or 3 cawan susu segar
20gm tepung gandum (1 1/2 tbsp)
20gm tepung jagung (1 1/2 tbsp)
1/2 tsp esen vanilla

cara-cara :

   1 . Pukul kuning telur dan gula sehingga putih. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga gula cair. 




  2 . Masukkan tepung , tepung jagung, esen vanilla dan kacau hingga lembut.

  3 . Masak pada medium heat, kacau secara berterusan sehingga mendidih dan pekat.


  4. Sejukkan sebelum isi kedalam puff. 

SIAP! senangkan??

p/s : kalau korang takut muak , masukkan satu sudu teh jus lemon pd langkah ke 2 (custard filling) atau kalau korang lg suka letak fresh fruit, kombinasi yg sesuai, strawberry/ kiwi potong jd slice2, pastu letakkan dalam puff. 

selamat mencuba !

Make up Review : Bedak Arab Kokuryu (Summer Cake)

Assalamualaikum..
Hai semua! lama benaunye tak update blog, padahal kat draft tu banyak je entry nak dipostkan, tpbelum sempat lagi. And now lea nak reveal sesuatu untuk korang .


If tengok entry, dah tau dah kan ape dia? Bedak Arab Kokuryu.. Yes, Hot item sekarang.. tak caye, korang tengok kat pesbuk tu.. ramai je kan yg jual, termasuk lah lea. hehe.

Tapi jenis lea pulak, before lea nak jual something, lea akan cuba dulu. So, lea dah sebulan dah pakai bedak arab ni, and it's AWESOMEEEEE !! Lea suka sangat2 pakai bedak arab.. Kene pulak lea ni jenis kulit sensitif, so tak semua produk lea boleh suka-suka nak try n tepekkan dimuka. Before This lea pakai gak BB cream, 2 way cake, tapi tetap sama, bila panas, bepeluh, berminyak muka, terus nmpak oily je kulit muka.

Tapi bila guna bedak arab ni, lea rasa confident nak berdepan dengan orang, and tak perlu dah nak touch up2 setiap jam. even lebih 8 jam pun, bedak still maintain je kat muka.. haa, best kan?? and dont worry, they won't clogged ur pores .. tu yg paling lea suka.. haha..

So, lea rekemen sgt2 korang guna bedak arab ni.. muka rasa glowy je.

ni keistimewaan bedak arab :

1) 3 in 1 make powder,moisturizers,foundation.
(tak perlu pakai apa2 krim lagi cukup dgn bedak ni aje.)

2) Mengikut aliran darah kita, tak kira berkulit cerah,gelap,putih & sebagainye.So sesiapa pun boleh pakai.

3) Kulit akan kelihatan kemas sepanjang hari,makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yang sangat cantik

4) Tak melekat pada tudung atau tisu jika berpeluh,kena hujan,basah atau terkena air,sebab dia natural terus meresap ke kulit.

5) Lebih tahan lama n jimat dr bedak biasa & tahan selama 8 jam

6) Boleh mengecutkan jerawat di muka

7) Produk halal & boleh di bawa solat


best kan?

ni nak tepek muka dalam blog lepas guna bedak arab... no dark circle, glowing, and ofcoz, lembab je rase :)


see, see.. hehe. bajet je kan. HAHA.

If korang berminat, lea pun ade jual jugak ! and sekarang lea tengah buat promotion Akhir Bulan Mac !..
just RM45/pcs incl postage.

warna yang available, Russet, Roshelle & cherry. Most of asian people pakai russet, sbb memang sesuai untuk kulit sawo matang, tp if kulit korang cerah putih gebu mcm tu, cherry pun okey :)

If korang nak order, korang boleh PM lea kat FB : FB | Miez Laila
or korang boleh email kat sini : lullabies.bella@gmail.com

Video yang boleh buat orang happy !

Assalamualaikum

Bukan senang kan kita nak share happy kita kat semua orang dan bukan senang kita nak happykan semua orang. So, kat sini lea nak kongsi dengan korang satu video yang lea tengok pun boleh senyum sorang-sorang macam dapat surat cinta. Lea taknak cakap banyak2, so, ape lagi, jom tengok!



Credit : ImprovEverywhere 

Bila PERSEFAHAMAN tiada..

Assalamualaikum.

Actually hari ni lea nak membebel perkara yang penting yang kita rase tak berapa nak penting. Ape-ape pon, nak bagi tau, Zizan menang Super Spontan ! Yeayy!! *memang suka lari topik* 



Ok, ape yang korang tau pasal persefahaman??

Segmen | Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed by CikFie

Assalamualaikum..

 Tadi terajin pulak diri ni nak berblogwalking, tetibe nampak post blog yg agak menarik pandangan hati dan jantung ni. Jom kita join segmen by CikFie ni.



Ape yang bestnye join segmen nie??

TUJUAN BERSEGMEN
  • Untuk Tingkatkan Trafik Dan Follower Blog .
  • Untuk TIngkatkan Liker Fanpage .

Haa, korang dah tau kan? Tapi bukan tu je.. Kata CikFie lagi...

"Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed Baru Berlangsung (!) Meyh Join Ramai2 Segmen Ni Untuk Tingkatkan Trafik Dan Follower Blog N Tingkatkan Liker Fanpage Korang Secara Mendadak !! Hadiah : Kalau Korang Menang , Fie Masukkan Link Blog Korang Dalam Feed ( kat atas entri Fie ) Kat Blog Fie Selama Sebulan . Sapa Yang Nak Link Blog Dia Masuk Bloglist Kat Blog Fie Selama Sebulan , Wajib Buat Entri . Kalau Tak Nak Buat Entri , Tinggalkan Je Link Blog Korang Kat Ruang Komen . Kalau Sapa Yang Ada Fanpage , Tinggalkan Kat Komen Sekali Tau . N Wajib Ikut Semua Syarat . Rugi Tak Join . Syaratnya Sangat2 La Mudah . Baik Join Sekarang ."


Korang taknak ke?? Mesti nak kan? So, jom ramai-ramai join segmen ni.. !

CikFie | Segmen Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed <<< Klik Sini

Iklan Kia Sorento . "Space Babies"

Assalamualaikum.

Nothing to say, just watch it :) Happy weekend !


Adakah ini dinamakan PENDERAAN MENTAL??

Assalamualaikum.


Yes, dan Yes. ape yg yes tu pun tak tau la. Tajuk entry lea kali ni, takda kene mengena dengan sesiapa. Tapi ade kene mengena dengan adik lea. Haaa, nak tau kenape? Bila tengok adik lea menangis mase ibu lea tgh ajar dia baca buku, lea teringat masa lea kecik-kecik dulu. Hah? kecik mana? kecik ni.

Wordless Wednesday | Sarcastic Wednesday.

Assalamualaikum.

sarcastic wednesday !


Tips | 10 Tips Bagaimana hendak menumpukan perhatian@ kusyuk dalam solat

Assalamualaikum.
Hari ni lea nak kongsi beberapa tips yang boleh membantu korang semua untuk menumpukan perhatian semasa solat. Harap dapat membantu serba sedikit. Insyaallah.

Subhanallah, Indahnya !

Pengalaman| Bila aku mula berhijab #Part 2

Assalamualaikum.

sambungan dari part 1.
Pengalaman | Bila aku mula berhijab #Part 1

Seminggu, dua minggu.. lea masih berhijab, tapi entah kenapa lepas tu lea berpatah balik kearah yang tidak betul. Masa tu lea dah berhenti kerja atas sebab menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Lea mula tidak berhijab semula, Setiap weekend lea akan keluar dengan kawan-kawan lea "lepak" kat DP, MP.. Tapi mungkin dengan kehendak Allah, ayah lea mendaftarkan lea di satu institusi Islam di Melaka.