HaTy CuMeL :)

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

MITOS atau FAKTA tentang COKLAT !

Assalamualaikum..


hah ! entry nie khas untuk penggemar coklat !!
lea suke entry nie sebab lea seorang yang GILA coklat !
pagi-pagi buta tadi, lea terbaca satu artikel tentang..
"Mitos atau Fakta tentang coklat"
nie adalah antara mitos atau fakta tentang coklat !

MITOS
coklat yang mengandungi koko adalah makanan tidak berkhasiat.
FAKTA
satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan(USRDA) : kalsium 9%, riboflavin 9%, protien 6% , zat besi 3%, vitamin A 2.4%, thiamine 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.

MITOS
coklat menyebabkan kerosakan gigi 
FAKTA
kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat didalam serbuk koko meghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak gigi. maklumat tambahan, coklat juga bukan penyebab jerawat !!

MITOS
memakan coklat adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak
FAKTA
kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein !

so, kepada penggemar, peminat, penguat makan coklat ! nie berita baik untuk korang kan !
haha! lepas niee ! berbundle2 coklat lah lea beli ! kalau korang nak bg, ok jugak, 
kecik tapak tangan, besar hati terima. !

MAKLUMAN KEJADIAN HAEMOLYTIC URAEMIC SYNDROME (HUS) DI JERMAN DAN PERINGATAN DARI KKM

Assalamualaikum allz..
wee ry nie lea p surf2 internet..suddenly terjumpe nieee..so,lea rase bek lea kongsi sbb penting untuk semua lapisan masyarakat...:)


Makluman mengenai wabak Haemolytic Uraemic Syndrome(HUS) yang sedang berlaku di Negara Jerman bermula 25 April 2011. Terdapat juga beberapa kes yang telah dilaporkan oleh negara Eropah yang lain, dengan sejarah perjalanan melancong atau melawat ke negara Jerman seperti Negara Sweden , United Kingdom dan Netherlands. Kajian awal mendapati pesakit yang terlibat dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato (tomatoes), timun (cucumbers) dan daun salad (lettuce). Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau pengimportan timun ke dalam Negara ini. Berdasarkan maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), tiada timun yang diimport dari negara Jerman atau Sepanyol. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat pengimportan timun dari negara Jerman dan Sepanyol, analisis untuk bakteria EHEC akan dilakukan.
Untuk makluman, Haemolytic Uraemic Syndrome adalah satu sindrom dengan ciri-ciri haemolytic anaemia (sel darah merah pecah dan menyebabkan anemia), acute renal failure (kegagalan ginjal akut) dan thrombocytopenia (kekurangan sel darah pembeku). Gejala penyakit HUS adalah sakit perut (abdominal cramp), muntah dan cirit birit berdarah (disentri). Gejala ini boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan dan kelesuan, anaemia, uraemia dan bleeding tendencies. Punca jangkitan ialah memakan makanan yang tercemar dengan bakteria E.coli. Gejala penyakit ditunjukkan dalam masa 3 - 8 hari. Selalunya kes akan sembuh dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang komplikasi. Namun begitu, sebahagian kecil kes yang melibatkan kanak-kanak dan warga tua boleh mendapat komplikasi yang lebih serius. Terdapat sebilangan kecil kes yang akan mendapat komplikasi penyakit kronik seperti buah pinggang (chronic kidney disease). Kadar kematian akibat penyakit ini ialah antara 5 – 10%.
Justeru itu,sesiapa yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah bermula 01 Mei 2011 dengan gejala cirit-birit berdarah adalah dinasihatkan menjalani pemeriksaan di kemudahan kesihatan terhampir. Penularan penyakit boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan sebelum makan, sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan mentah dengan air mengalir yang bersih sebelum dihidangkan untuk dimakan.

renung-renungkan..dan slamat beramal :)
credit : kazuko-echizen