HaTy CuMeL :)

Re-Post | dengan satu perkataan "TERIMA", kau sah jadi tunang dia !

assalamualaikum..
 entry hari nie :)
BERTUNANG!



seperti yang kite tahu laa..
pertunangan tuu terjadi bile mengikut adat seperti persetujuan antara dua belah pihak,
sarung cincin dan sebagainya..
tapi tahukah kita dari aspek agama?

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

seperti contoh..
pasangan anda menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anda..
kemudian anda bersetuju tanpa dipaksa.
maka, bertunanglah anda..

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
sumber : iluvislam.com

3 comments:

  1. dah tu kan, kalau kita break ngn bf kita kita still jadi tunang dy? mcm mna nk putuskan pertunangan tu? penah tny ustazah kt mktab,dy pun jwb bnda yg sama ; pertunangan itu sah. cumanya dy tak cerita pulak cara nk putuskan tunang tu. explain boleh?

    ReplyDelete
  2. dear...mcm mna pulak dgn parents??
    kalo pilihan hati kita tu tak ok dimata parents?
    kita kan hak milik parents kita..mereka juga berhak menentukan siapa jodoh kita...jdinya yang bab bertunang dgn mengaku terus ni mcm tak valid la utk diamalkan..mungkin dgn adat lagi baik...

    ReplyDelete
  3. @misznanarizal : terpulang pada individu, ape yang saye tau, saye share kan je, sbb nie pun berlandaskan syarak. jadi saye pun tak berhak nak mempersoalkan bagai..if need more info, leh g laman web, www.iluvislam.com . btw tq for the comment :)

    ReplyDelete