HaTy CuMeL :)

Tips | Picture day !

Assalamualaikum
salam sahabat :)

rasanya dah lame ye lea tak buat entry pasal tips-tips nie..
ha! so hari nie lea nak bagi korang semua tips berkenaan picture day!
korang mesti kdg-kdg bile ambil gambar passport ke, lesen ke
mesti gambar itu serba tak kena kan..
muka berminyak lah, dan-dan je jerawat tumbuh lah, warna kulit tak sekatalah
dan lain-lain..
disini lea nak bagi tips-tips yang korang boleh amalkan tak kesah lah bila nak buat gambar untuk 
ic ke, lesen ke or photoshoot ke..
sesuai untuk lapisan umur :)

1) malam sebelum picture day tu , pastikan korang minum air masak dengan banyak.
supaya ia boleh mosturize kulit korang dari dalam.
2) make sure, sebelum tidur, pastikan muka korang bebas dari sebarang make up.
sebab kulit akan dibaiki bila kita tidur selain mosturizer.
3) kalau ada dark spot pada kulit, sapukan krim pencerah pada kawasan yang
ada dark spot je.
4) dark circle. dark circle nie memang selalu lah ada kan, lagi-lagi kalau tak cukup tidur.
lea ade tips macam mane nak kurangkan dark circle tu !

disini lea sertakan tips make up gak untuk hari tersebut bagi yang nak bermake up atau
tak nak muka nampak kusam!
- apa jua make up yang korang nak pakai hari tu, mesti menggunakan 
kombinasi warna tanah. dan pastikan tak shining.


- kalau korang jenis yang pakai foundation, pastikan ia tak tebal.
sebab kemungkinan gambar korang nampak sangat fake.
- lips pula, elakkan pakai lips gloss, sebab ia akan terlampau glossy.
warna suggest : pink rose
- bagi yang bertudung, pastikan warna tudung tidak terlampau striking!
ia nampak awkward dalam gambar. dan bagi yang free hair, sebelum ambil gambar,
sapukan sedikit baby powder/bedak supaya rambut korang
tak nampak berminyak dan melepek.

yeah ! itu sahaja dari lea.
korang ade tips2 lain? 
boleh gak kongsi ! jangan lupe komen2 ye :)

Selamat Tinggal Dark Circle | DIY Cucumber Eye pad

Assalamualaikum.
salam sahabat :)

ha ! nampak tak tajuk entry tu? 
mesti korang tertanya-tanya ape yang DIY cucumber eye pad nie !
before this macam-macam kan tips yang korang tau macam mane nak ilangkan dark circle nie..
ade yang kata, pakai uncang teh lah, timun lah, ais lah..
kalau yang dah siap jual kat kedai tu..
eye pad lah, cucumber pad la, mask la and macam-macam lah !
so, demi menjimatkan duit dan waktu, lea nak bagi korang, macam mane nak buat
DIY cucumber eye pad sendiri !


bahan-bahan :
Timun
kapas muka
freezer plastic

cara-cara:
  • first, korang blend timun tu sampai jadi jus. jangan minum tau !korang masukkan jus timun tu dalam mangkuk or so on.

  • then, ambil kapas muka tu, dan celupkan dalam jus timun. perahkan lebihan jus.

tapi jangan terlalu kering. jangan renyuk kan kapas tu, biarkan rupanya macam asal ! buat dalam
30 cotton pads.
  • seterusnya, susunkan dalam plastik 6 pcs in 1 plastic.
  • akhir sekali, masukkan dalam freezer.
Siap !
senangkan?
jimat pun jimat..
eh ! bilenye nak pakai eye pad tu???
haaa.. bile korang bangun pagi, korang keluarkan 2pcs,
and biarkan dia lembut.
sementara korang nak tggu lembut tu,
korang leh la g mandi ke, wat breakfast ke..
then bila dah lembut, letak je kat mata, 7-10minit.
amalkan setiap pagi.
Insyaallah.

tips ini diberi oleh : Michelle Phan | overseas make up.


Antara Perempuan Dan Muslimah

Assalamualaikum

salam sahabat.



Antara Perempuan & Muslimah

Perempuan

Apabila teruna memerhatikannya,

Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekati selangkah,

Perempuan datang berpuluh langkah


Apabila teruna memujuk rayu,


Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,

Perempuan hanyut dalam angan langkah

Muslimah

Apabila teruna memandang nya,

Muslimah tunduk mengelak panah syaitan

Apabila teruna mendekati selangkah,

Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,

Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,

Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari

Akan erti maruah peribadi sejati

Yang diselaputi iman yang hakiki

Yang tidak mudah dicemari…


credit : Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak

I [HEART] Photography !

Assalamualaikum.
salam sahabat.

apa pandangan korang tentang fotografi?
spread in 120 words :)





credit : muartz estada


teringin nak menjadi TV HOST atau penyampai radio secara ON AIR??

Assalamualaikum.
hai salam sahabat !


pernah teringin nak jadi TV HOST?
penyampai radio??
ha ! inilah peluang korang semua..

Ujibakat ON Air ini anjuran Aznil Nawawi..
kalau tak silap lah ..
 mane tau korang ade bakat terpendam... !
try lah !

ape? syarat2??


dan ni tempat ujibakat !


so tunggu ape lagi ?
rebut lah peluang nie ! bagi sape yang pergi tu..
GOOD LUCK !


Betul ke ni AMALINA???

Assalamualaikum..
salam sahabat..

maaf lah. mungkin cerita ni dah lama sebenarnya..
tp betul ke isu gambar Nur Amalina Che Bakri ??


Nur Amalina Che Bakri merupakan salah seorang pelajar yang mendapat 
17A1 dalam SPM pada 2004.
tapi banyak yang mengatakan beliau "culture shock" semasa belajar di Scotland.
ni antara gambar terbaru beliau.


kalau betul lah nie beliau..
kita sam-sama lah doakan beliau..
kita tak tau cerita sebenar.
jadi elakkan kontroversi ya !

p/s : buat adik2 yang baru abes belajar or sedang belajar.. jadikan pengajaran k! once orang da cakap buruk2 tentang kita, takkan ada yang berhenti..
renung2kan dan selamat beramal.